Pelatih PLKN Dibenar Pulang 12-16 Februari Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan khidmat Negara di 79 kem di seluruh negara akan dibenarkan pulang sempena cuti Tahun Baru Cina pada 12 Februari depan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) membuat keputusan membenarkan pelatih pulang sebelum jamuan tradisi makan sekeluarga masyarakat Cina pada malam sebelum perayaan itu.

Para pelatih diberi pelepasan lima hari dan dikehendaki menjalani latihan semula pada 17 Februari.

Dr Abdul Latiff berharap ibu bapa boleh menjemput anak mereka di kem masing-masing kerana JLKN tidak menyediakan kemudahan tambang atau pengangkutan untuk para pelatih.

"Kami juga akan menyediakan makan dan upacara sempena Tahun Baru Cina kepada mereka yang tidak dapat pulang tetapi biasanya majoriti akan pulang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan