Lima Premis Hiburan Ditutup Kerana Bising

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima premis hiburan di sekitar Jalan P.Ramlee di sini ditutup kerana melanggar peraturan dengan menguatkan muzik sehingga mengganggu ketenteraman awam, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Katanya, lesen mereka dibatalkan ekoran aduan orang ramai bahawa kelima-lima premis hiburan itu menggunakan muzik yang kuat dengan meletakkan pembesar suara di hadapan premis masing-masing.

"Pemilik premis kena tahu, nak buat bising ada hadnya, mereka dah langgar peraturan. Saya dapat tahu juga mereka beroperasi hingga lewat pagi terutama hari minggu," kata Ahmad Fuad kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, pembatalan lesen premis hiburan berkenaan berkuatkuasa pada 1 Januari lepas.

"Bukan sekali dua kita bagi amaran minta kurangkan bising, tapi banyak kali. Jadi bila kita tengok tak ada perubahan dan mereka masih berdegil, tindakan inilah yang kita ambil.

"Banyak aduan yang kita terima daripada penduduk yang tinggal berdekatan premis berkenaan termasuk penginap hotel-hotel berhampiran," katanya.

Ahmad Fuad menjelaskan bahawa hanya lesen hiburan premis berkenaan dibatalkan tetapi tidak bagi lesen perniagaan mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan