Lelaki Lemas Mandi Di Lombong

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya petang semalam ditemui di dasar sebuah lombong tinggal di Bercham di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, mayat mangsa S. Gobalan, 34, berasal dari Tambun, ditemui di dasar lombong berkenaan kira-kira pukul 9.52 pagi tadi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Permasuri Bainun untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azisman berkata, mangsa disedari hilang oleh keluarganya petang semalam lalu meminta bantuan penduduk taman berkenaan untuk mencari tetapi hanya pakaian dan selipar mangsa sahaja ditemui di tepi lombong berkenaan.

Keluarganya kemudian membuat laporan polis dan operasi mencari mangsa dengan bantuan Bomba dijalankan petang semalam tetapi terpaksa dihentikan jam 8 malam kerana cuaca gelap.

Operasi mencari mangsa yang disambung pagi ini kemudian menemui mayat mangsa di dasar lombong berkenaan.

Mangsa dipercayai mandi bersendirian di lombong berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan