Kemuka Bukti Nikah: Sosilawati Tidak Muncul di JAIS

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya dan pasangannya yang diarahkan hadir ke ibu pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di sini bagaimanapun tidak muncul sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Pasangan itu dipanggil untuk membantu siasatan berhubung insiden ditangkap khalwat pada malam tahun baru, Jumaat lalu.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik JAIS, Shahrom Maarop, sekiranya pasangan terbabit gagal hadir untuk memberi keterangan sebanyak tiga kali berturut-turut mereka boleh dikenakan tindakan mahkamah.

“Pihak kami telah mengeluarkan notis kepada pasangan ini untuk hadir memberi keterangan dan arahan itu wajar dipatuhi.

“Sekirannya mereka ingkar dengan arahan tersebut pihak kami boleh memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka,” katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Difahamkan Sosilawati akan mengadakan sidang media di pejabat peguamnya di ibu negara pada pukul 2.30 petang ini.

Ketika ditanya sama ada pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages itu berhak mengadakan sidang media berkenaan, Shahrom berkata: “Dia (Sosilawati) punya hak untuk berbuat demikian kerana siasatan kes ini belum bermula lagi.

“Sekiranya pihak kami telah mula menjalankan siasatan, JAIS mungkin boleh ambil tindakan terhadap dia kerana dikhuatiri kenyataan yang dikeluarkan itu menggangu siasatan kes ini.”

Sementara itu, tinjauan mStar di pejabat bahagian penguatkuasa JAIS mendapati pejabat tersebut lengang dengan ramai pegawai penguat kuasa yang bercuti.

Cubaan untuk mendapatkan komen daripada pegawai yang mengendalikan kes berkenaan juga gagal kerana dimaklumkan bahawa pegawai tersebut turut bercuti.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani berkata, pihak penguat kuasa masih menunggu kedatangan Sosilawati dan pasangannya bagaimanapun mereka tidak muncul sehingga kini.

“Pegawai penguatkuasa masih tunggu kehadiran mereka, setakat ini memang mereka tidak datang,” katanya.

Semalam, Shahrom memberitahu, Sosilawati dan pasangannya diminta hadir ke pejabat JAIS hari ini bagi membantu siasatan berthubung dakwaan pengesahan perkahwinan mereka.

Menurutnya, siasatan tersebut adalah prosedur biasa yang dijalankan apabila timbul keraguan lebih-lebih lagi melibatkan kes bernikah di luar negara yang tidak didaftarkan di sini.

mStar Online dalam laporan eksklusifnya baru-baru ini menyebut, Sosilawati dan pasangannya ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan oleh pihak Masjid Kolej Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diberi tauliah penguatkuasaan mencegah maksiat dan khalwat oleh JAIS sekitar pukul 12.30 tengah malam Jumaat lalu.

Pengasas kosmetik yang berasal dari Batu Pahat Johor itu bersama pasangannya yang juga seorang duda dilaporkan mengaku bersalah dan meminta maaf kepada penguatkuasa kerana berada dalam keadaan yang boleh disyaki berkhalwat.

Sosilawati memberi alasan beliau telah singgah ke kondominium sewaan teman lelakinya itu selepas keluar makan malam untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan yang dirancang berlangsung pada minggu hadapan.

Dakwaan khalwat itu bagaimanapun dinafikan sebuah akhbar tabloid semalam, sambil mengaku bahawa mereka sebenarnya sudah pun berkahwin di luar negara. Tetapi pada malam kejadian, beliau gagal menunjukkan sebarang bukti surat nikah.

Sekadar mengimbas perkahwinannya dengan Nash sebelum ini, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages ini berkahwin dengan bekas vokalis Lefthanded itu pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, namun bercerai talak satu pada 26 Mei 2009 selepas penyanyi berkenaan tidak lagi duduk sebumbung dengan Sosilawati.

Kini mereka sedang menjalani majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan harta berjumlah RM1.38 juta oleh Sosilawati terhadap Nash di Mahkamah Tinggi Syariah yang masih lagi belum menemui jalan penyelesaian. Satu lagi proses sulh akan diadakan pada 12 Januari ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan