Kalimah Allah: KDN Akan Kemuka Rayuan

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukakan rayuan secepat mungkin ke mahkamah lebih tinggi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lepas membenarkan mingguan gereja Katolik, Herald, menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Menteri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan menyedari bahawa isu agama adalah perkara yang sangat sensitif di negara ini.

"Memandangkan isu ini melibatkan keputusan yang dibuat oleh mahkamah menerusi undangundang, maka pihak Kementerian Dalam Negeri akan mengkaji semula perkara ini dan mengemukakan rayuan secepat mungkin ke mahkamah yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semua pihak diminta tidak melakukan sesuatu yang boleh menyinggung manamana pihak serta boleh menjejaskan kehidupan masyarakat berbilang kaum serta menimbulkan masalah ketenteraman awam dan keselamatan negara sementara menunggu keputusan rayuan itu.

"Dalam menangani isu ini, jangan ada pihak yang bertindak di luar peraturan dan undangundang kerana kita di negara ini telah melalui pelbagai cabaran dan ujian, dan segala halangan serta masalah telah dapat kita tangani dengan menggunakan akal yang waras," katanya.

Hishammuddin berkata, KDN akan bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara dan berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta menggunakan sumber dan kekuatan undang-undang termasuk Perlembagaan bagi memastikan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi terus terjamin.

Beliau berkata KDN akan meneliti dan mengkaji semua maklum balas dan pandangan sebelum melihat kemungkinan meneliti peruntukan undang-undang sedia ada. "Ia termasuk fasal dalam Perlembagaan Malaysia bagi mengukuhkan hak dan kedudukan agama Islam agar ia tidak boleh lagi dicabar oleh manamana pihak pada masa akan datang. Sudah sampai masanya perkara ini dibuat kajian secara mendalam," katanya.

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan