JPN Tempat 535 Guru Di Pedalaman Kelantan - Berita Semasa | mStar

JPN Tempat 535 Guru Di Pedalaman Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPNK) menerima penempatan 535 orang guru baru khusus bagi menampung kekurangan guru membabitkan sebilangan besar sekolah rendah pedalaman Hulu Kelantan awal tahun ini.

Guru terbabit mulai melapor diri Ahad lalu termasuk seramai 145 orang guru lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang akan mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Kemahiran Hidup.

Ketua Sektor Pengurusan JPKN, Zahari Daud berkata, sebilangan besar guru terbabit ditempatkan di semua Sekolah Kebangsaan (SK) di tiga jajahan utama termasuk Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli yang mengadapi masalah kekurangan guru tahun lepas.

Beliau berkata, fokus utama pengagihan guru terbabit di SK perkampungan Orang Asli bagi menjayakan sasaran kerajaan membendung buta huruf di kalangan anak kaum itu dan mengatur kecemerlangan.

“Mulai tahun ini kita mahu lihat murid anak Orang Asli ada kemajuan terutama keputusan lebih baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berbanding tahun lalu yang amat mengecewakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perkenalan dengan guru baru dan perjumpaan dengan ibu bapa murid Orang Asli di SK Pos Tohoi, dekat sini, pagi ini.

Zahari berkata, pihaknya juga mempunyai dasar bagi memberi keutamaan kepada sekolah luar bandar itu untuk menempatkan guru baru sehingga ada sekolah mempunyai dua guru mengajar subjek Bahasa Inggeris.

“Kita memberi tumpuan demikian kerana tahun lalu menerima banyak aduan ibu bapa mengenai masalah kekurangan guru menyebabkan anak mereka tercicir dan tahun ini kita mahu lihat pula ada perubahannya selepas permintaan itu ditunaikan.

“Berikutan itu, kita turut melarang guru baru supaya tidak membuat surat permohonan untuk mengajar di sekolah kawasan bandar kerana kuota mereka ada untuk penempatan di luar bandar Kelantan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menetapkan hanya dua syarat bagi membolehkan guru terbabit membuat permohonan pertukaran termasuk mereka yang mempunyai penyakit kritikal memerlukan rawatan di hospital kawasan Kota Bharu dan anak Orang Kurang Upaya (OKU).

“Jika tidak mempunyai alasan itu, kita sama sekali tidak melayan permohonan pertukar dan wajib hadir mengajar di sekolah yang ditetapkan,” katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan