Tok Mat 'Tahu' Ajalnya Tiba - Anak

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nur Jasni dan pasangannya Liza Mydin, 28, selamat disatukan - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT
Nur Jasni dan pasangannya Liza Mydin, 28, selamat disatukan - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT

PETALING JAYA: "I don't think I can make it to your wedding (Saya tak fikir dapat hadiri majlis perkahwinan kamu)."

Itulah antara kata-kata terakhir yang diluahkan oleh Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat kepada Nur Jasni, 37, seminggu lalu sebelum majlis perkahwinan anak bongsunya itu yang berlangsung semalam.

Kata-katanya itu seolah-olah memberi Tok Mat memberi tanda bahawa beliau akan pergi meninggalkan mereka selamanya dan tidak akan sempat melihat Nur Jasni dinikahkan.

Bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Shah di sini, Nur Jasni dan pasangannya Liza Mydin, 28, selamat disatukan.

"Berat hati saya kerana masih diselubungi perasaan sedih, tapi oleh kerana semua persiapan telah tersedia, kami teruskan juga," katanya kepada pemberita selepas majlis akad nikah.

Beliau yang masih bersedih dan sebak sepanjang majlis itu berkata, arwah ayahnya juga sebelum ini telah memberikan restu kepadanya dan kerana itulah dia bersemangat untuk meneruskan perkahwinannya semalam.

"Perasaan saya bercampur baur pagi tadi, tapi bila mengenangkan ayah telah merestui pilihan saya jadi saya teruskan," ujarnya.

Majlis sederhana pada pukul 11 pagi itu dimulakan bacaan Yassin serta tahlil untuk Tok Mat. yang dihadiri oleh kaum keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Liza berasa terkilan dengan ketiadaan bapa mentuanya namun reda dengan pemergiaannya.

"Sudah tentu saya berasa amat sedih kerana beliau seorang yang cukup baik dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan saya dalam keluargannya," katanya.

Terkejut dengan berita kematian bapa mertuanya semalam, Liza berkata, bapa mentuanya itu ada berpesan kepadanya supaya menjaga hubungan yang terjalin supaya kekal selamanya.

Katanya lagi, sepanjang mengenali Tok Mat, beliau adalah seorang yang sederhana dan mengutamakan keluarga.

"Itu adalah perkara yang paling saya kagumi tentangnya'" katanya lagi.

Dalam pada itu Puan Sri Salbiah Abdul Hamid berkata, beliau reda dengan pemergiaan arwah suaminya dan menyifatkan segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

"Saya reda dengan pemergiannya, tapi hari ini terasa macam dia ada dekat dengan saya untuk sama-sama meraikan Jasni," katanya sebak.

Katanya lagi, beliau terkilan kerana tidak dapat meraikan sambutan hari jadi Tok Mat pada Isnin ini selain telah menyiapkan sebuah lagu khas yang ditulisnya sendiri.

"Lagu itu saya dah tulis lama dah, dua hari sebelum kematiannya saya cari balik cakera padat lagu itu dan pasang di radio tetapi terdetik di hati saya satu perasaan yang berbeza.

"Dia juga beria-ria suruh saya buatkan kek untuknya walaupun dia bukan penggemar kek. Katanya dia suka nak tengok cucu-cucunya meniup lilin kek itu nanti," ujarnya lagi.

Salbiah memberitahu beliau bagaimanapun bersyukur kepada Allah kerana 'mengambil' suaminya dengan mudah dan berpuas hati segala urusan pengebumian arwah tanpa sebarang masalah .

Semalam Tok Mat meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di Bukit Damansara dekat sini.

Menurut anak sulungnya, Datuk Nur Jazlan, yang juga Anggota Parlimen Pulai, bapanya disedari meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika ibunya mengejutnya.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini pada pukul 5.45 petang semalam.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan