Pairin Tak Perlu Kosongkan Kerusi: Ongkili

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Satu-satunya cara untuk meminta Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan melepaskan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Keningau ialah dengan menentangnya pada pilihan raya akan datang, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Mengulas gesaan DAP negeri ini agar Pairin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan, melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen, Ongkili berkata, Pairin dipilih oleh rakyat dan beliau melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan.

"Saya berpendapat mereka tidak wajar membuat gesaan itu. Mungkin, hanya pada hari tertentu, beliau tidak hadir di Parlimen, tapi beliau tetap memainkan peranannya secara strategik melalui rangkaiannya, melalui jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri.

"Jawatan Ahli Parlimen yang disandangnya membantu beliau memantapkan segala rangkaian yang perlu dilakukannya di peringkat negeri dan persekutuan.

"Jadi, ia tidak menjejaskan tugasnya di peringkat negeri. Yang perlu beliau lakukan ialah sentiasa meningkatkan usahanya dan oleh kerana perkara ini telah beliau lakukan dengan amat baik, saya tidak nampak kenapa DAP perlu menyibuk dengan urusan beliau," kata Ongkili pada majlis perjumpaan dengan media anjuran kementeriannya di sini malam tadi.

Pada malam menjelang Tahun Baru, Naib Pengerusi DAP Sarawak, Edward Ewol Mujie dan setiausaha Publisiti parti itu Dr Edwin Bosi meminta Pairin, 70, yang juga presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), supaya melepaskan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dengan alasan Pairin mempunyai terlalu banyak tanggungjawab sebagai ADUN, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri.

Ongkili yang juga Timbalan Presiden PBS berkata, Pairin telah dipilih secara adil oleh rakyat Keningau sebagai wakil mereka.

"Dan mengenali Datuk Pairin, beliau seorang yang amat bertanggungjawab terhadap apa jua jawatan yang diberikan kepadanya. Beliau akan memanfaatkannya secara maksimum demi kebaikan rakyat," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan