MCA Terus Kenang Semangat Perjuangan Tun Tan Cheng Lock - Berita Semasa | mStar

MCA Terus Kenang Semangat Perjuangan Tun Tan Cheng Lock

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Parti MCA hari ini mengadakan upacara memperingati mendiang Tun Tan Cheng Lock, presiden pertama MCA, di tanah perkuburan Cina di Kampung Musai, dekat sini.

Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat mengetuai upacara itu yang turut dihadiri oleh barisan kepimpinan MCA lain termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Mendiang Tan yang dilahirkan dari kalangan keluarga peniaga yang kaya di Melaka pada 5 April 1883 adalah antara pengasas MCA yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949.

Mendiang merupakan presiden pertama parti itu dan mengetuainya sehingga 1958. Beliau meninggal dunia pada 13 Disember 1960.

Upacara peringatan itu bermula jam 8.45 pagi termasuk upacara meletakkan kalungan bunga di kubur mendiang dan mendiang anaknya yang juga pernah mengetuai MCA, Tun Tan Siew Sin yang terletak bersebelahan.

Bercakap kepada pemberita selepas upacara itu, Ong berkata, perjuangan mendiang bukan sekadar perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan negara bersama kaum lain tetapi juga wawasan beliau yang jelas mengenai matlamat perjuangan MCA.

"Dalam satu ungkapan ucapan beliau (Tun Tan) pada 1949, beliau dipetik sebagai menyatakan salah satu matlamat perjuangan MCA adalah untuk membantu melalui permaufakatan dengan orang Melayu dan kaum lain dalam proses pembangunan negara," katanya.

Ong berkata, mendiang pada zamannya turut menekankan perlunya membentuk satu negara, satu bangsa dan satu kerajaan dan dengan itu wawasan mendiang itu perlu diberi nafas baru dalam perspektif yang serba moden sekarang ini.

Beliau berkata, MCA akan terus mengenang semangat perjuangan Tun Tan termasuk dengan menamakan salah satu tingkat di Wisma MCA, Kuala Lumpur dengan nama mendiang.

Katanya, sebuah yayasan yang berteraskan kepada semangat mendiang akan dilancarkan tidak lagi yang bertujuan memberi kebajikan kepada rakyat tanpa mengira kaum. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan