Makkal Sakti Sasar Tingkat Keanggotaan Tahun Ini

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Makkal Sakti Malaysia yang baru berusia lapan bulan mensasarkan meningkatkan keanggotaan kepada 300,000 daripada 57,000 sekarang menjelang akhir tahun ini.

Pengasas dan Presiden Kebangsaan Parti, R.S. Thanenthiran berkata, pelbagai program untuk menambah keanggotaan dirancang tahun ini termasuk melalui laman web dan secara online sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Kami meramalkan parti akan mempunyai 300,000 anggota menjelang akhir tahun, kebanyakannya golongan belia, berdasarkan sentimen di peringkat akar umbi.

"Berdasarkan respons, kami agak yakin kami dapat mencapai sasaran ini," katanya dalam temu bual baru-baru ini.

Parti Makkal Sakti ditubuhkan pada Mei dan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober 2009.

Thanenthiran juga berkata, kira-kira 60 peratus daripada 57,000 anggota parti masih belum berdaftar sebagai pengundi dan beliau akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftarkan mereka.

Beliau turut mencadangkan kerajaan meminda undang-undang perkahwinan bagi mewajibkan orang bukan Islam menghadiri kelas kaunseling praperkahwinan.

"Pasangan perlu diberitahu mengenai tanggungjawab dan tugas masing-masing sebelum mendapatkan sijil kahwin," katanya dan menurutnya beliau merancang menubuhkan pusat kaunseling praperkahwinan pada tahun ini.

Sementara itu, Thanenthiran berkata, beberapa pihak dalam Makkal Sakti telah melanggar perlembagaan parti dengan cuba mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh 90 hari bagi memilih presiden baru.

"Sesetengah pihak dalam parti telah menidakkan kehendak anggota dengan cuba mentafsir perlembagaan mengikut kepentingan dan faedah peribadi (untuk menyingkirkan presiden sekarang)," katanya dan menurutnya beliau tidak gentar dengan tindakan seumpama itu.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Parti R. Kannan dipetik sebagai berkata, bahawa EGM perlu diadakan kerana anggota berpendapat parti Makkal Sakti tidak aktif di bawah pimpinan Thanenthiran.

Beliau mendakwa sejak ditubuhkan, parti itu tidak menganjurkan aktviti bagi anggota dan gagal berkhidmat kepada rakyat khususnya masyarakat India. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan