Kerajaan Diminta Kaji Semula Harga Gula

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GULA ... Pekerja Pasar Mini Al-Noor Sdn Bhd, Zainal Abidin Hanifa menunjukkan bekalan gula yang terdapat di kedainya ketika tinjauan ke kedainya di Ampang Jaya di sini, hari ini. -- fotoBERNAMA
GULA ... Pekerja Pasar Mini Al-Noor Sdn Bhd, Zainal Abidin Hanifa menunjukkan bekalan gula yang terdapat di kedainya ketika tinjauan ke kedainya di Ampang Jaya di sini, hari ini. -- fotoBERNAMA

KEMAMAN: Kerajaan diminta mengkaji semula harga gula yang dinaikkan sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Pengumuman yang dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu, disambut dengan perasaan terkejut pengguna dan peniaga yang rata-ratanya menganggap langkah itu akan menimbulkan banyak kesan negatif.

Kebanyakan pengguna dan peniaga di negeri ini yang ditemui menganggap kadar kenaikan 20 sen itu adalah terlalu tinggi terutama bagi golongan berpendapatan rendah.

Bagi Zahari Awang, 39, seorang nelayan di Pantai Kemasik, di sini, kenaikan harga gula akan menambah lagi beban sedia ada dalam menyediakan keperluan harian kepada keluarga.

"Mungkin bagi sesetengah orang, jumlah 20 sen tu tak beri kesan apa-apa, tetapi dengan hanya bekerja sebagai nelayan, pendapatan saya tidak seberapa.

"Sebelum ini kalau kami anak beranak nak makan kuih, isteri saya terpaksa buat sendiri untuk jimatkan kos, kalau beli kuih di kedai, sekarang ni empat keping RM1, memang tak cukup untuk anak-anak yang seramai enam orang. Lepas ni tentu harga kuih pun naik lagi sebab harga gula dah naik," katanya.

Justeru, beliau meminta kerajaan mengkaji semula keputusan berkenaan atau sekurang-kurangnya tidak menaikkan harga bahan asas itu sehingga 20 sen sekilogram.

Seorang peniaga kedai runcit di pekan Paka, Mohd Hanafi Yusof 45, pula menjangkakan harga barangan lain terutama makanan dan minuman yang berkait secara langsung dengan gula, akan turut naik.

"Kalau harga gula naik, semua barang lain juga akan naik. Kedai-kedai makan, warung juga akan naikkan harga pada bila-bila masa kerana kuih dan air naik kerana gula keperluan asas, itu yang berlaku sebelum ini," katanya.

Pengusaha restoran Zuraidah Abdullah, 30, berkata, beliau terkejut dengan kenaikan harga yang disifatkan mendadak dan terlalu tinggi.

"Biasanya harga untuk 24 kampit gula satu kilogram setiap sekampit hanya RM34 namun kini harganya dah naik kepada RM39. Bagi saya harganya naik tinggi sangat," katanya.

Katanya, setakat ini beliau tidak berhasrat untuk menaikkan harga makanan di restorannya namun langkah itu mungkin terpaksa diambil berikutan peningkatan kos yang terpaksa ditanggungnya.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua Persatuan Pengguna Terengganu, Othman Abdullah berkata, kenaikan harga 20 sen sekilogram itu disifatkan agak tinggi.

"Kita tidak nafikan keperluan kerajaan untuk menaikkan harga bahan itu. Tetapi kalau boleh, kurangkan sedikit, jangan sampai 20 sen kerana dalam keadaan sekarang ia begitu tinggi," katanya dan menurutnya keadaan itu akan memberi kesan kepada orang ramai terutama penduduk miskin yang tinggal di kampung-kampung.

Kenaikan harga sebanyak 20 sen itu menjadikan harga bahan berkenaan naik kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak.

KPDNKK bagaimanapun menegaskan kerajaan masih menanggung kos subsidi gula yang besar sebanyak RM1.008 bilion walaupun selepas harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Mohd Zain Mohd Dom ketika mengumumkan perkara itu berkata, kenaikan harga gula tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga gula mentah dunia terutama sejak Ogos lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan