Kalimah Allah: Wanita Umno Mahu Jumpa Menteri

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno mahu bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bagi menyuarakan kebimbangan tentang implikasi keputusan mahkamah membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam penerbitan mingguan gereja Katolik.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pergerakan itu akan memperjuangkan dan menentukan kedudukan dan kesucian agama Islam tidak tercemar.

"Jika perlu kami akan memohon perkenan mengadap Tuanku Agong," katanya dalam kenyataan hari ini.

Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan HeraldThe Catolic Weekly menggunakan perkataan "Allah".

Pada 16 Feb lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan