Kalimah Allah: 13 NGO Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis kerana membantah tindakan majalah Herald The Catholic Weekly, menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B. Kesemua NGO tersebut yang diketuai oleh Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Maamor Osman membuat 10 laporan polis berkaitan perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira pukul 3 petang.

Maamor berkata mereka kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan Allah digunakan oleh majalah itu kerana dikhuatiri akan disalahgunakan sehingga menyinggung perasaan umat Islam. "Kita membuat laporan polis ini kerana bimbang dengan implikasi yang timbul berikutan keputusan mahkamah itu dan akan berjuang bagi menentukan kedudukan dan kesucian agama Islam tidak dicemarkan.

"Justeru kita membuat laporan polis agar dalang isu ini disiasat kerana isu sensitif sebegini boleh memporakperandakan 1Malaysia sedangkan ianya tidak patut diprovokasikan," katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPD Sentul.

Beliau berkata jika isu terbabit tidak dapat diselesaikan segera, kesemua NGO tersebut akan mengadakan perhimpunan besarbesaran selepas Solat Jumaat di masjidmasjid utama di Kuala Lumpur bagi membantah keputusan tersebut.

Sementara itu Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata tidak mustahil selepas ini nama Allah digantung dan digunakan sewenangwenangnya di premis dan restoran makanan bukan Islam jika isu tersebut tidak disekat.

"Semacam ada satu usaha cuba merobek keadaan sehingga timbul kekeliruan di kalangan umat Islam. Kita bimbang isu sebegini akan menimbulkan kekeliruan jangka panjang," katanya. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan