Dr Tiki Sokong Wakil Bidayuh Isi Jawatan Timbalan Menteri Pelancongan

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Dr Tiki Lafe menyokong gesaan untuk seorang wakil Bidayuh mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan yang dilepaskan oleh Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib bulan lepas.

Bagaimanapun, Dr Tiki, yang juga pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), menolak dirinya sebagai calon, kerana beliau bangga dengan tugasnya membentuk pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjadi pemimpin masa depan.

"Ia terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Kita tidak boleh mendesak," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan 81 peserta PKLN siri 7/2010 dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini semalam.

"Memandangkan Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri tidak lama lagi, suara akar umbi kaum Bidayuh perlu diberi pertimbangan kerana setiap masyarakat ingin melihat wakil mereka di peringkat atasan persekutuan," katanya.

Beliau merupakan wakil Bidayuh pertama dilantik sebagai timbalan menteri dan berkhidmat selama dua penggal sebelum digugurkan selepas pilihan raya umum 2008.

Dr Tiki, iaitu Ahli Parlimen Mas Gading, berkata demikian ketika diminta mengulas harapan pemimpin masyarakat Bidayuh Datuk Peter Minos bahawa seorang Ahli Parlimen dari kaum itu menggantikan kekosongan jawatan yang dilepaskan oleh Sulaiman dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mulai 14 Dis lalu.

Sulaiman melepaskan jawatan itu atas alasan peribadi.

Masyarakat Bidayuh, kaum keempat terbesar selepas Iban, Cina dan Melayu, di Sarawak, mempunyai tiga wakil di Parlimen iaitu Dr Tiki dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Dr James Dawos Mamit (PBBMambong)) dan Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan