Doa PAS Kena Diri Sendiri - Pemuda Umno Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mendakwa bencana yang menimpa kerajaan PAS negeri itu sekarang adalah pantulan daripada doa oleh pemimpin tertinggi parti itu agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditimpa musibah baru-baru ini.

Ketuanya, Anuar Sapian berkata, antara isu itu ialah rasuah iaitu tajaan mengerjakan haji kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh sebuah syarikat, pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), perbalahan antara Exco, peletakan jawatan dan terbaru saman sebanyak RM800 juta.

"Ini semua Allah SWT telah tentukan dan mungkin pantulan doa supaya tuhan jatuhkan bala ke atas Perdana Menteri mengena diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis Pemuda Umno Bersama Media di sini hari ini.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz mengundang kemarahan rakyat apabila meminta orang ramai mendoakan agar Najib ditimpa musibah jika tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan.

Anuar berkata, PAS sepatutnya sedar dengan kesilapan dan tidak melakukan perkara-perkara di luar batasan syarie termasuk mendoakan sesama Islam supaya dikenakan bala.

Beliau berkata, tindakan itu juga telah menjejaskan kredibiliti parti PAS yang mengaku Islam.

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno Pusat, Afandi Yusof, menyarankan PAS bertaubat dan mengaku kesilapan dengan kembali ke pangkal jalan.

Beliau berkata, apa yang diajar dalam Islam supaya mendoakan kebaikan sesama muslim bukannya mendoakan supaya Tuhan jatuhkan bala kepada sesama Islam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan