Siasatan Kehilangan Enjin F-5E Kini Tunggu Tindakan Peguam Negara

Diterbitkan: Sabtu, 2 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hanya Peguam Negara sahaja yang berhak mengeluarkan kenyataan mengenai siasatan kes kehilangan enjin pesawat jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), serta menentukan tindakan undang-undang yang bakal dilaksanakan.

"Polis sudah menyerahkan sepenuhnya kertas siasatan (kes itu) kepada Peguam Negara, dan kini tunggu Peguam Negara untuk ambil tindakan undang-undang melalui mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melepaskan peserta Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 7/2010 di Stadium Bukit Jalil di sini.

Media baru-baru ini melaporkan kehilangan enjin jet pejuang F-5E TUDM pada 2007 yang dikatakan dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa luar negara.

TUDM mula mengoperasikan pesawat F-5E itu pada 1974, dan pada 1999 perkhidmatan pesawat itu ditamatkan dengan tugas sebagai pesawat tempur barisan hadapan diambil alih oleh pesawat MiG-29N dan F/A-18D.

Bagaimanapun, pada 2003 pesawat itu diaktifkan semula sebagai pesawat latihan dan tinjauan bagi menampung keperluan semasa. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan