Persatuan Pengguna: Mansuhkan Subsidi Gula

Diterbitkan: Sabtu, 2 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tiada kekurangan gula: Pekerja Fasal Hussin menggantikan bekalan gula di sebuah kedai di Petaling Jaya semalam.
Tiada kekurangan gula: Pekerja Fasal Hussin menggantikan bekalan gula di sebuah kedai di Petaling Jaya semalam.

GEORGE TOWN: Persatuan pengguna mengalu-alukan peningkatan harga gula dan ingin kerajaan mengambil langkah susulan memansuhkan subsidi gula.

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Penang, K. Koris berkata, penarikan subsidi tersebut akan meningkatkan kos gula sekali gus memaksa orang ramai mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, kerajaan boleh menggunakan penjimatan subsidi gula sebanyak RM1 bilion tahun ini untuk tujuan pendidikan dan membantu golongan miskin,

Koris berkata, kerajaan sepatutnya memansuhkan subsidi gula dan mendidik para peniaga serta pengguna tentang cara-cara mengurangkan pengambilan gula.

"Sudah sampai masanya pengusaha-pengusaha restoran mula meletakkan botol-botol gula di atas meja bersama corong, seperti yang diamalkan di lain-lain negara.

"Ini membolehkan para pelanggan menentukan berapa banyak kuantiti gula yang diperlukan oleh mereka dalam teh atau kopi tarik," katanya.

Dengan berbuat demikian, Koris berkata, para pelanggan tidak perlu menyatakan "kurang manis!" setiap kali mereka memesan minuman.

Koris mengulas keputusan kerajaan menaikkan harga gula kepada RM1.65 sekilo di semenanjung dan RM1.75 sekilo di Sabah serta Sarawak berkuat kuasa semalam.

Harga baru gula adalah 20 sen lebih tinggi berbanding harga sebelumnya.

Katanya, pengguna-pengguna juga seharusnya mengasingkan susu pekat manis daripada diet mereka kerana ia adalah tidak baik untuk kesihatan.

"Pengguna-pengguna sewajarnya memilih menambah susu lembu atau kambing atau tepung ke dalam minuman. Saya telah berhenti mengambil susu pekat sejak 30 tahun lalu," katanya.

Tambahnya, keluarganya boleh menggunakan sekilo gula dalam tempoh dua bulan.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) selama ini berada dalam barisan depan memperjuangkan penarikan subsidi gula.

"Subsidi berjumlah RM1.008 bilion membebankan kerajaan. Gula sememangnya tidak perlu dimakan," kata Presidennya, S. M. Mohd Idris.

Di PETALING JAYA, pemilik restoran dan medan selera mengamalkan pendekatan tunggu-dan-lihat mengukur kesan kenaikan harga 20 sen ke atas para pelanggan dan pembekal.

Pengurus kanan kawasan Secret Recipe, Eddie Tong berkata, kedai rantaian itu akan memerhatikan reaksi para pelanggan berhubung kenaikan harga gula itu.

"Kami menjangkakan bantahan kerana gula ialah bahan utama untuk hampir semua benda di kafe. Anda tidak dapat mengelak daripada itu," kata Tong.

Penolong Setiausaha Persatuan Kedai Kopi dan Pengusaha Bar Petaling Jaya, Danny Lim berkata, ahli-ahlinya tidak mempunyai rancangan-rancangan segera untuk meningkatkan harga produk mereka.

Bagaimanapun, katanya, mereka akan memantau sama ada para pembekal akan meningkatkan harga-harga mereka, khususnya produk-produk pembuatan dengan kandungan gula yang tinggi seperti minuman ringan.

"Untuk setahun dua ini, kami telah menyerap kenaikan harga pada minuman ringan dan minuman segera yang lain," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan