Saya Hanya Menyuarakan Pendapat - Ibrahim

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya hari ini menegaskan, beliau tidak berniat untuk menabur fitnah kepada sesiapa berhubung tuduhan menerbitkan satu artikel berunsur fitnah dalam blognya baru-baru ini.

Ibrahim yang lebih dikenali dengan nama "Tiger" di kalangan rakan media menambah, beliau hanya sekadar meluahkan pendapat berasaskan komentar yang diterima oleh laman blognya, (duniatiger.blogspot.com)

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang melanda dirinya ketika ditemui pada majlis pengumuman Pembiayaan Dana Industri Kreatif di sini semalam.

Kelmarin, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, beliau telah diarahkan oleh Lim Guan Eng untuk membuat laporan polis berhubung artikel Ibrahim dalam laman blognya itu yang bertajuk 'Ada Orang Nak Penjarakan Saya' pada Sabtu lalu.

Bagaimana pun, Ibrahim mendakwa apa yang dimuatkan di dalam blognya merupakan komen dari seorang pembaca, yang mengaku bekerja di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pembaca tersebut menyifatkan Ibrahim sebagai seorang yang biadap, bersikap prejudis kepada orang Cina dan dituduh bersifat perkauman.

Antara kandungan artikel dimuatkan di dalam blog 'Dunia Tiger' berbunyi, "Awak akan tahu nasib awak jika awak tak hentikan sifat perkauman awak. Awak akan diseret ke mahkamah dengan tulisan di blog ini. Saya akan pastikan awak habiskan sisa-sisa hidup awak dalam penjara.....,"

Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, Ibrahim tidak akan bersendirian dalam menghadapi apa jua tindakan daripada kerajaan Pulau Pinang.

Rais menyifatkan tindakan kerajaan Pulau Pinang untuk menyaman Ibrahim adalah satu tindakan sia-sia.

"Mereka dah tak ada isu lain nak dibangkitkan," katanya.

Beliau berkata, kementerian akan menggunakan semua pengalaman bagi mempertahankan perkara yang berkaitan dengan badan penyiaran itu dan bersedia membantu menyelesaikan kemelut yang menimpa Ibrahim.

"Bagaimanapun saya nak lihat dulu semua butir-butir dan huraian sekiranya saman dikenakan terhadap Ibrahim. Kita tidak akan biarkan dia melalui perkara ini seorang diri," katanya lagi.

Rais turut menyifatkan ancaman saman itu hanya satu lagi percubaan untuk mendapat keuntungan semata-mata.

Sebelum ini, Kerajaan Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Ibrahim kerana didakwa menerbitkan satu artikel berunsur fitnah dalam blognya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan