Saguhati RM5 juta Kepada Penduduk Terjejas Akibat Pembinaan Landasan Berkembar

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan lebih daripada RM5 juta sebagai bayaran saguhati kepada 134 penduduk setinggan yang terjejas secara langsung dengan Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar di Pulau Pinang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, bayaran wang saguhati itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“Bagi pemilik rumah di tanah berhakmilik, bayaran saguhati mereka sedang diproses dan akan dibayar dalam sedikit masa lagi," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurut beliau, bayaran itu akan dibuat bersama dengan pampasan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Ong berkata, sebahagian besar penghuni yang terlibat di Kedah dan Perak telah dibayar saguhati manakala bakinya sedang diuruskan.

“Kerajaan mengambil kira kepentingan semua penghuni yang terjejas secara langsung dengan projek ini.

“Pandangan, rayuan dan maklum balas daripada pemimpin masyarakat dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional di Pulau Pinang telah diambil kira,” katanya.

Projek berkenaan yang menelan belanja RM12.485 bilion, dijangka siap pada penghujung 2012.

Ia merupakan sebahagian daripada pelan induk untuk memajukan sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Kerja-kerja pembinaan landasan berkembar berkenaan sedang giat dijalankan oleh dua pemaju iaitu MMC-Gamuda JV.

Pembinaan landasan itu melibatkan beberapa negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan