Pakatan Akur Pelantikan Elias Sebagai YDP MAINPP

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Pakatan pembangkang akur menerima pelantikan pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, Elias Zakaria sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nama Elias diusulkan lebih awal sebelum nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd Salleh Man dicadangkan dan keputusan muktamad itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Kami tetap menerima pelantikan tersebut dan meminta barisan baru supaya bekerja keras untuk membuktikan bahawa pengurusan MAINPP dapat diuruskan dengan baik di bawah pentadbiran (parti) pakatan," katanya kepada pemberita ketika melawat kawasannya di Permatang Pasir di sini hari ini.

Pada 23 Ogos lalu, Anwar dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pasir mengumumkan calon PAS, Mohd Salleh Man, yang bertanding di Permatang Pasir pada masa itu dilantik sebagai Pengerusi MAINPP sekiranya memenangi kerusi itu.

Kerajaan Pulau Pinang dalam satu kenyataan semalam mengumumkan pelantikan Elias sebagai YDP MAINPP manakala Salleh Man, yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, hanya dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua MAINPP. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan