Mufarakah: Bapa Mentua Dr Rosli Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Bapa mentua bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kader, hari ini membuat laporan polis bagi mendapatkan bantuan pihak berkuasa mencari anak perempuannya.

Mohd Noor Che Man, 58, bersama anak lelakinya, Mohd Izhan dan dua wakil dari firma guaman Baldape, Harvinder & Co membuat laporan itu di Balai Polis Kota Baharu jam 4.30 petang tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohd Noor berkata beliau bertindak demikian kerana berharap dapat menemui semula anak perempuannya Illani, 30, yang juga isteri Dr Rosli setelah mereka melarikan diri daripada kepungannya di rumah sewa mereka di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot, dua hari lepas.

"Saya bimbang keselamatannya kerana dikhuatiri peristiwa yang menimpa keluarganya itu boleh menjejaskan mentalnya," katanya.

Beliau berkata selain itu, beliau bertindak demikian kerana kedua-duanya didapati melanggar perintah mahkamah dan sebagai orang Islam sepatutnya mereka tidak bertindak demikian, kerana dengan perbuatan itu telah menyalahi hukum Islam.

Berita mengenai perkahwinan Dr Rosli Allani dan anaknya itu disiarkan secara meluas oleh media setelah rumah sewanya dikepung selepas dia mengingkari perintah mahkamah supaya tinggal berasingan berikutan kesahihan perkahwinan mereka oleh diragui oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

Pada 21 Dis lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu mengarahkan pasangan itu tinggal berasingan sementara (mufarakah) kerana meragui perkahwinan mereka yang dikatakan dijalankan oleh satu sindiket di sebuah masjid di Selangor. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan