Mekanik Dakwa Wang Hilang Dalam Ambulans

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang mekanik mendakwa wang RM2,500 yang disimpan dalam beg pinggangnya hilang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini dengan sebuah ambulans selepas terbabit kemalangan pada 27 November lalu.

Mohd Farid Nazmi Morad, 22, berkata, selepas terbabit kemalangan pada 11.30 pagi pada hari raya Aidiladha di Jalan Langgar di sini dan patah kaki, dia dibawa ke hospital dengan sebuah ambulans yang turut dinaiki tiga petugas HSB.

"Seorang daripada petugas dalam ambulans minta beg pinggang dan saya pun bagi, selepas itu saya rasa kaki kanan disuntik dan terus tidak sedarkan diri.

"Ketika sedar kira-kira sejam kemudian, beg pinggang telah diserahkan kepada abang dan ayah saya, tapi apabila diperiksa duit RM2,500 dalam itu hilang, manakala duit RM1,700 dalam beg duit tidak hilang," katanya kepada pemberita di pejabat MCA di sini hari ini.

Mohd Farid Nazmi berkata, ketika berada dalam ambulans, dia masih sedar tapi hanya mengikut permintaan petugas berkenaan kerana tidak dapat menahan sakit akibat kecederaan yang dialaminya selepas dilanggar kereta ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumah di Kampung Alor Pak Ngah, di sini.

Mohd Farid Nazmi, yang juga pemilik sebuah kedai servis motosikal berkata walaupun dia mengesyaki seorang petugas dalam ambulans itu mengambil wangnya, dia tidak dapat mengambil sebarang tindakan sebelum ini kerana dia tidak boleh berjalan selama beberapa minggu akibat kecederaan yang dialaminya.

Katanya selepas dirawat selama tiga hari di HSB, keluarganya memindahkannya ke hospital swasta kerana mendakwa tidak menerima layanan serta rawatan yang sempurna.

Mohd Farid Nazmi membuat laporan mengenai kehilangan wangnya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar tengah hari tadi.

Pengarah HSB, Dr Juita Ghazalie ketika dihubungi berkata, selepas dimaklumkan mengenai insiden itu pagi tadi, pihaknya telah memanggil petugas berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.

"Kakitangan kami bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan berkata pesakit berada dalam keadaan sedar ketika dalam perjalanan.

"Lagipun perjalanan dari tempat kejadian tidak berapa jauh dan semua barang peribadi pesakit telah diserahkan kepada keluarganya sebaik tiba di hospital," katanya.

Dr Juita berkata pihak hospital kini menyerahkan siasatan selanjutnya kepada polis kerana ia telah menjadi kes jenayah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan