Kastam Negeri Sembilan Rampas Pokok Kretek Bernilai RM685, 056

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kastam Negeri Sembilan menahan sebuah lori yang membawa 8,680 karton rokok kretek bernilai RM685,056 termasuk cukai, dipercayai diseludup dari negara jiran di Kilometer 79, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu di Kampung Meraga, Beris, Kemaman, Terengganu, Selasa lalu.

Pengarahnya Mohd Kassim Ismail berkata lori itu, dengan nombor pendaftaran palsu, berjaya dipintas dan ditahan oleh anggota Kastam pada pukul 8 pagi setelah mengejarnya sejauh dua kilometer di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya pemandu lori berkenaan berjaya melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran sebaik sahaja memberhentikan lori itu.

"Pemeriksaan mendapati lori itu membawa muatan rokok kretek pelbagai jenama dengan dianggarkan bernilai RM138,816 dan cukai yang terlibat dianggarkan RM546,240," katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam di sini, hari ini.

Mohd Kassim berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu dengan berpengetahuan mengangkut barang-barang belum lulus kastam.

Katanya syarikat atau individu yang dikenalpasti terbabit dengan penyeludupan rokok tersebut boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang dan tidak melebihi 20 kali nilai barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan