Jamil Khir Wakili Malaysia Di Permakaman Negara Untuk Gus Dur

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mewakili Malaysia pada upacara pengkebumian negara bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid atau Gus Dur di Jombang, Jawa Timur tengah hari ini.

Beliau, yang diiringi isteri Datin Fatmawati Saidin serta Timbalan Ketua Setiausaha III Wisma Putra Datuk Iskandar Sarudin dan Setiausaha Bahagian Asia Tenggara Wisma Putra Datuk Adnan Othman, berlepas dengan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kuala Lumpur ke Jawa Timur pagi ini.

Turut sama menghadiri upacara itu ialah Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan dua orang pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia, kata Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di sini, Amran Mohamed Zain.

Sementara itu, pada pukul 8.10 pagi ini (Waktu Indonesia Barat) jenazah Gus Dur diterbangkan dengan pesawat Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara dari pangkalan udara Halim Perdana Kusuma di sini ke Surabaya.

Jenazah beliau sebelum itu dibawa keluar dari kediamannya di Ciganjur, Jakarta Selatan dalam sebuah kenderaan jenazah dengan penuh penghormatan negara pada satu upacara yang dipimpin Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Taufik Kiemas.

Gus Dur akan disemadikan bersebelahan dengan makam datuknya Hasyim Asy'ari, pengasas pertubuhan Nahdlatul Ulama (NU) di kawasan permakaman keluarga di Pondok Pesantren (pusat pengajian Islam) Tebu Ireng, Jombang, Jawa Timur pada tengah hari ini.

Upacara permakaman negara itu akan dipimpin sendiri oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, sebagai tanda penghormatan tertinggi Indonesia terhadap jasa dan sumbangan Gus Dur.

Gus Dur, 69, meninggal dunia pada pukul 6.45 petang semalam di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM) setelah mengalami kemerosotan kesihatan berikutan penyakit kencing manis, jantung dan angin ahmar.

Beliau, yang merupakan Presiden Indonesia keempat dari 1999 hingga 2001, ialah pengasas Partai Kebangkitan Bangsa (PKB), sebuah parti politik yang berasaskan Islam. Gur Dur menggantikan Presiden B.J. Habibie setelah dipilih oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) hasil pilihan raya umum (Pemilu) 1999.

Dilahirkan pada 4 Ogos, 1940, di Jombang, Jawa Timur, Gus Dur antara lainnya mendapat pendidikan di Universiti Baghdad, Iraq di Fakulti Adad Jurusan Sastera Arab pada tahun 1966 hingga 1970, serta Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir di Fakulti Syariah dari tahun 1964 hingga tahun 1966.

Beliau meninggalkan seorang balu Sinta Nuriyah dan empat orang anak perempuan Alissa Qotrunnada Munawaroh, Zannuba Arifah Chafsoh, Annita Hayatunnufus dan Inayah Wulandari. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan