Isu Balak RM800 Juta: Kerajaan Kelantan Kemuka Rayuan

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang mengarahkan kerajaan negeri itu membayar ganti rugi berjumlah RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana tidak berpegang kepada perjanjian yang ditandatangani 45 tahun lalu.

Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, Kerajaan Negeri Kelantan akan mengemukakan rayuan tersebut Rabu depan.

“Saya tidak boleh berkata dengan tepat bila kita akan mengemukakan rayuan berhubung kes ini tetapi harap-harap kita dapat lakukan Rabu depan. Ini adalah kes yang kami warisi daripada Kerajaan Barisan Nasional yang lalu," ujarnya.

Menurut Husam isu ini sepatutnya diselesaikan lama dahulu tetapi bagaimanapun kerajaan negeri bersedia menyelesaikannya secara profesional.

Semalam (Rabu), Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Azman Husin telah mengarahkan kerajaan negeri membayar ganti rugi berjumlah RM800 juta kepada Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd kerana tidak mematuhi perjanjian yang ditandatangani pada 20 Julai 1964 dengan membatalkan perjanjian berkenaan iaitu pemberian konsesi kawasan pembalakan di Hulu Kelantan seluas 510,239 ekar untuk tempoh selama 33 tahun. Kawasan itu kini dikenali sebagai Jajahan Gua Musang.

Husam berkata, kawasan konsesi itu kemudiannya dikurangkan kepada 280,000 ekar sahaja dan Perdana Menteri ketika itu Tun Abdul Razak Hussein juga telah mengarahkan supaya dibangunkan untuk kepentingan masyarakat di kawasan berkenaan.

Kata Husam, perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Kerajaan yang diterajui Pas tetapi pada 18 Mac 1975, Kerajaan Kelantan yang diterajui Barisan Nasional telah membatalkannya dan dalam tempoh sebulan selepas itu, syarikat berkenaan telah mengemukakan notis saman.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan