Ibu Negara Siap Sedia Sambut Tahun Baru 2010

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedatangan ambang tahun baru 2010 malam esok di sekitar ibu negara dijangka disambut dalam cuaca mendung.

Mengikut ramalan Jabatan Meteorologi, Kuala Lumpur akan mengalami ribut petir pada sebelah petang dan keadaan akan menjadi mendung pada sebelah malam.

Beribu-ribu warga dijangka membanjiri beberapa tempat popular untuk berpesta dan menghitung detik-detik ke tahun baru.

Persiapan di Dataran Merdeka bagi menyambut kadatangan tahun baru hampir 90 peratus hari ini untuk konsert 'Ambang 2010 Kuala Lumpur' anjuran kumpulan AmBank dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Konsert yang akan menampilkan artis-artis popular tanah air seperti kumpulan Hujan dan Bunkface serta Amy Search dijadual bermula pukul 8.30 malam.

"Tahun ini, penonton dijangka hadir tidak kurang daripada 20,000 orang," katanya juruteknik DBKL Hendra Hizad Abd Hamid yang bertanggungjawab atas persiapan itu.

Acara kemuncak pada malam itu ialah pertunjukan bunga api tepat pukul 12 tengah malam.

Di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pula, sambutan juga dijangka meriah seperti tahun-tahun lepas bermula 7 malam.

"Pertunjukan air pancut dan cahaya akan diadakan di pintu utama KLCC," kata Wilson Lee, pegawai eksekutif perhubungan media Petronas.

Jalan Sultan Ismail juga akan ditutup untuk 'Street Party Countdown 2010 Celebration' di sekitar persimpangan dengan Jalan Bukit Bintang berdepan Plaza Sungei Wang mulai 6.30 petang hingga 1 pagi.

Antaranya acara yang akan diadakan ialah persembahan budaya oleh Street Diabolo, pertunjukan kasut roda oleh kumpulan Soul Skater dan persembahan artis-artis Cina tempatan, Hong Kong dan Taiwan seperti Andrew Tan, Suki, Thomas Jack, Judy Chow, Stanley Yu, Rynn Lim, Bosco Wong dan Peter Pan.

K. K. Lim, pengurus besar promosi dan korporat Sungei Wang Plaza berkata penonton yang hadir dijangka melebihi 50,000 orang dari segenap lapisan umur. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan