Bekas Presiden Indonesia Gus Dur Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid, 69, yang lebih dikenali sebagai Gus Dur meninggal dunia di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM) di Jakarta pada kira-kira pukul 6.45 petang waktu Indonesia Barat, ahli politik Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) Ali Masykur Musa mengesahkan kepada Bernama hari ini.

Gus Dur, yang merupakan Presiden Indonesia keempat, ialah pengasas parti PKB, sebuah parti politik yang berasaskan Islam. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan