Bapa Jeanne Abdullah Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bapa kepada Tun Jeanne Abdullah, isteri bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di rumahnya di Subang Jaya, dekat sini pada 6.50 petang hari ini, kata seorang pembantu kepada bekas perdana menteri itu.

Matthew Danker, 90, meninggalkan empat orang anak, Jeanne, Rodney, Davo dan Susan dan tiga cucu, Nadia, Nadene dan Nigel. Jeanne adalah anak sulung. "Beliau seorang bapa yang cukup baik dan lemah lembut serta tidak pernah meninggikan suara.

"Beliau penyabar dan mengajar kami adik beradik, agar rapat antara satu sama lain. Kami adalah keluarga yang amat akrab," kata Tun Jeanne kepada Bernama.

Beliau berkata bapanya seorang yang pernah cemerlang di bidang sukan terutama ragbi dan kriket.

"Bapa saya sesungguhnya seorang yang serba boleh dalam sukan ketika di St John's Institution," ujarnya.

Danker pernah menjadi pemberita sambilan dengan harian Malay Mail dalam tahun-tahun enam puluhan.

Keluarga berkenaan sedang membuat persiapan untuk majlis pengkebumian pada pagi Sabtu di Gereja Assumption dekat Hospital Assunta di Petaling Jaya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan