Umno Perjelas Isu Enjin Jet Hilang, MP Kepada Akar Umbi Bulan Depan

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes kehilangan enjin jet pejuang F-5E TUDM pada 2007 yang dikatakan telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Afrika Selatan akan dijelaskan kepada rakyat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, kerajaan akan menjelaskan mengenai kes itu kepada rakyat secara terperinci menerusi "Program Juara Rakyat" anjuran Umno yang akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bulan depan.

"Dalam program ini juga kerajaan akan memberi penerangan mengenai mengapa anggota Parlimen Barisan Nasional tidak hadir untuk membuang undi dalam meluluskan Bajet tahun 2010 pada 14 Disember lepas di Parlimen kepada orang ramai di semua bahagian Umno di seluruh negara pada tahun depan," katanya selepas menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah 1431 dan Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Umno bahagian Batu di Kampung Batu Muda di sini malam ini.

Beliau berkata, penganjuran Program Juara Rakyat itu adalah untuk menangkis dakwaan-dakwaan pembangkang yang memutarbelitkan kes kehilangan jet itu dan menimbulkan isu-isu yang lain sehingga mengelirukan rakyat.

Program berkenaan juga adalah selari dengan konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri dalam 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan