Terengganu Bina Dua Jambatan Baru Dengan Kos RM400 Juta

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan membina segera dua jambatan baru tahun depan dengan peruntukan kira-kira RM400 juta bagi mengelakkan kesesakan yang berlaku di Jambatan Sultan Mahmud, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Yahya Khatib Mohamad berkata dua jambatan itu yang akan diberi keutamaan ialah jambatan menghubungkan Kampung Teluk Pasu-Pulau Sekati-Muzium di Losong yang merentasi Sungai Terengganu.

"Sebuah lagi jambatan yang menghubungkan Kampung Jeram dengan Kampung Jeram Tokong yang merentangi Sungai Nerus dekat sini. Kedua-dua jambatan sepanjang kira-kira satu setengah kilometer itu masing-masing berharga kira-kira RM200 juta," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan exco di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan memberi keutamaan untuk membina jambatan Teluk Pasu-Pulau Sekati-Muzium bagi mengatasi kesesakan yang serius di Jambatan Sultan Mahmud sekarang terutama pada waktu puncak.

Katanya proses pelantikan konsultan sedang dilakukan dan kerja-kerja kenal pasti jajaran sedang berjalan lancar.

Kedua-dua jambatan itu masing-masing akan dibina dengan empat lorong, katanya.

Beliau berharap dengan siapnya kedua-dua jambatan berkenaan dalam tempoh tiga tahun, ia akan memberi keselesaan kepada penduduk untuk ke utara dan selatan negeri itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan