MBSA Sedia Bas Perantara Untuk Pengunjung Sambutan Ambang Tahun Baru 2010

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menyediakan perkhidmatan bas perantara untuk membawa orang ramai yang ingin berkunjung ke Program Sambutan Ambang Tahun Baru 2010 di City Walk, i-City Seksyen 7 Shah Alam.

Perkhidmatan bas dari Dataran Shah Alam ke i-City akan bermula dari 6 petang esok dan akan beroperasi setiap jam sehingga 10 malam dan perkhidmatan bas dari i-City pula akan bermula dari 10 malam hingga 1 pagi, menurut kenyataan MBSA yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sambutan Ambang Tahun Baru esok dianjurkan bersama oleh MBSA, kerajaan negeri dan I-Bhd, pemaju projek bandar bersepadu dan berteknologi, i-City.

Program sambutan bermula dari pukul 5 petang sehingga acara kemuncak detik 12 tengah malam.

Pelbagai acara akan diadakan termasuk persembahan artis jemputan seperti Kumpulan Six Sense, Aris Ariwatan, Nadia AF4, Muadz, persembahan kebudayaan dan kesenian, deklamasi sajak dan puisi, ekspo dan jualan serta persembahan gendang pelbagai bangsa.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijadualkan hadir pada upacara itu pada pukul 10.30 malam dan dijangka memberikan amanat Tahun Baru serta bersama warga Selangor menunggu detik 12 tengah malam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan