JHEAIK Perjelas Sebab Tak Serbu Kediaman Dr Rosli

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan tidak boleh menyerbu atau menangkap pasangan yang diperintah tinggal berasingan jika tidak mendapat arahan bertulis daripada Mahkamah Syariah, kata Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JHEAIK, Mohd Abdul Aziz Mohd Noor.

"Jadi tidak timbul soal kami sengaja melengah-lengahkan untuk bertindak terhadap mana-mana pasangan yang didapati melanggar perintah mahkamah supaya bermufarakah," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan bapa mentua kepada bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kader yang kesal dengan tindakan JHEAIK yang memandang ringan terhadap laporannya supaya bertindak menahan anak dan menantunya itu yang didakwa tinggal bersama walaupun diperintah oleh Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan kerana kesahihan perkahwinan mereka diragui.

Mohd Noor Che Man, 58, gagal menahan anaknya, Ilyani, 30, dan Rosli Allani, 35, ketika pasangan itu meninggalkan rumah sewa pasangan itu di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot, di sini pada 10 pagi semalam.

"Saya pelik dengan tugas JHEAIK, mereka sepatutnya bertindak kelmarin lagi untuk menahan pasangan ini kerana Mahkamah Syariah telah mengeluarkan waran mufarakah sejak 9 November lalu," kata Mohd Noor.

Bagaimanapun, Mohd Abdul Aziz menjelaskan, pihaknya hanya akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang dan peraturan jabatan negeri ini tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak yang tidak berkenaan.

Katanya beliau sengaja mengarahkan kakitangannya supaya tidak membuat serbuan dan penggeledahan kediaman Rosli Allani kerana mahkamah belum mengeluarkan perintah itu secara bertulis kepada bahagian penguatkuasaan JHEAIK untuk mengambil tindakan terhadap pasangan terbabit.

"Ini kerana ia bukan kes serbuan dan penggeledahan biasa sebagaimana mana kes pasangan yang disyaki berkhalwat atau bersekedudukan secara haram di mana waran tangkap atau geledah boleh diperolehi dari hakim mahkamah bila-bila masa walaupun di luar waktu pejabat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan