Graduan Guru: Kesatuan Guru Gesa IPTA Dapat Input Kementerian Pelajaran

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diminta bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi menentukan pengkhususan yang dipilih graduan Sarjana Muda Pendidikan agar bersesuaian dengan keperluan semasa.

Ini bagi mengelakkan lulusan ijazah pendidikan itu gagal mendapat perjawatan perguruan ekoran pengkhususan yang tidak menepati keperluan pendidikan.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohd Sabri Mohd Arshad berkata, sekiranya keadaan itu tidak dikawal, ia akan merugikan penuntut universiti terbabit.

"Kesilapannya ialah IPTA dan Kementerian Pelajaran tidak duduk semeja dalam mengenal pasti pilihan yang sesuai. Ini satu perkara yang tidak baik. Ia juga adalah satu 'penganiayaan' kepada pelajar dan guru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas komen Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa pelantikan lulusan Sarjana Muda Pendidikan daripada IPTA sebagai guru bergantung kepada pengkhususan yang dipilih serta kekosongan jawatan.

Sebelum ini, Dr Mohd Puad berkata, tidak semua graduan bidang itu diterima kerana terdapat lepasan daripada institusi pendidikan guru yang diberi latihan mengikut keperluan semasa.

Menurutnya, bilangan graduan lepasan pendidikan IPTA melebihi penawaran merumitkan keadaan.

Bagaimanapun, Mohd Sabri berkata, tenaga pengajar baru itu masih boleh dimanfaatkan walaupun mereka tidak mempunyai pengkhususan yang sesuai dengan keperluan semasa.

"Perkara ini memang banyak berlaku, iaitu mereka belajar tidak ikut pilihan yang sesuai. Tetapi kalau ikut pedagogi, tenaga pengajar boleh digunakan.

"Misalnya, mereka boleh diserapkan di sekolah-sekolah rendah untuk mengajar tiga kemahiran asas iaitu, membaca, mengira dan menulis," katanya.

Mohd Sabri turut mencadangkan IPTA mengamalkan generalisasi subjek seperti yang diamalkan pada awal tahun 80-an.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bersama Persatuan Guru Sabah dan Sarawak, William Ghani Bina mencadangkan pihak universiti agar mendapatkan input daripada Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran tentang keperluan semasa bidang pendidikan.

"Kita tidak mahu ada yang tidak sesuai. Kalau guru berijazah dengan pengkhususan dalam ekonomi, maka kurang sesuai diminta mengajar sejarah dan geografi. Ini akan menjejaskan keberkesanan guru mengajar.

"Akhirnya, pelajar dan guru akan menjadi mangsa. Graduan ini menghabiskan masa dua hingga tiga tahun untuk belajar dan adalah tidak adil kepada mereka," katanya sambil menambah pihaknya memang mendengar rungutan dan menyifatkannya sebagai serius.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan