Terengganu Peruntukkan RM50 Juta Bekal E-Book Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi tahun 2010 untuk membekalkan 50,000 unit komputer riba (e-book) kepada pelajar Tahun Empat dan Tahun Lima.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan tersebut meningkat berbanding RM25 juta tahun ini.

"Tahun depan, kita akan mengagihkan 50,000 komputer riba kepada pelajar-pelajar Tahun Empat dan Lima, berbanding tahun ini kita beri hanya kepada pelajar Tahun Lima sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, di sini, hari ini.

Ahmad Razif berkata, peningkatan peruntukan itu menggambarkan bahawa kerajaan negeri begitu mengambil berat terhadap bidang pendidikan dalam melahirkan modal insan di negeri itu pada masa depan.

Di samping itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk memastikan Terengganu terus cemerlang dalam bidang pelajaran di bawah program "Terengganu Terbilang" tahun depan.

Menurut beliau, kerajaan negeri mensasarkan 20 peratus pelajar mendapat 'A' dalam semua mata pelajaran bagi UPSR dan PMR tahun depan, berbanding 15.3 peratus tahun ini.

Sehubungan itu katanya, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said akan melancarkan pelan strategik peringkat negeri, awal tahun depan bagi mencapai sasaran tersebut.

"Antara pelan strategik tersebut ialah fokus dalam bidang akademik di samping mengatasi isu-isu di sekolah dan juga masalah disiplin dan lain-lain.

"Selain itu,kerajaan negeri akan turut memberikan fokus dalam bidang pertanian di sekolah-sekolah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk memberi tumpuan dalam bidang pertanian," katanya.

Dalam hal ini, beliau berkata lepasan universiti dalam bidang pertanian mungkin akan diminta membantu pelajar yang berminat dalam bidang pertanian untuk berkebun di sekolah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan