Setiausaha Akhbar Dan Setiausaha Politik Nik Aziz Letak Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengesahkan setiausaha politiknya, Annual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar beliau, Mohd Saiba Yaakub, telah meletakkan jawatan kerana masing-masing tamat tempoh kontrak dan bukannya kerana diberhentikan atas sebab tertentu ekoran kemelut politik dalaman Pas sejak kebelakangan ini.

Menurutnya kedua-dua jawatan itu adalah jawatan politik dan boleh diganti bila-bila masa dengan orang lain apabila sampai tempohnya.

"Saya boleh mengesahkan Annual Bakhri sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya dan saya baru menerima pagi ini, begitu juga dengan Saiba," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata Pas Kelantan akan meneruskan amalan mengambil calon luar Kelantan untuk bertanding pada pilihan akan datang.

"Pas Kelantan masih memerlukan khidmat calon luar Kelantan bagi mengisi keperluan di negeri di samping mereka yang tiada tempat di negeri mereka," katanya.

Nik Aziz berkata kenyataannya sebelum ini bahawa Pas Kelantan akan mengkaji keperluan mengambil calon luar untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang adalah sebagai mengambil "jalan tengah" untuk menghormati kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Dalam sidang akhbar yang sama, Mohamad Daud menafikan beliau pernah menyarankan supaya calon Pas bagi pilihan kecil akan datang terdiri daripada anak tempatan.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu kepada mana-mana wartawan, sama ada secara telefon atau menemui saya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan