Rais: Sabah "Simpanan Tetap" Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sabah dianggap sebagai "simpanan tetap" Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan atas keberkesanan negeri itu memelihara kebudayaan pelbagai kaumnya sehingga ke hari ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Sabah kerana dapat menyimpan budaya tanah air dengan baik sekali.

"Sabah, mempunyai tidak kurang daripada 32 suku kaum, yang mana setiap kaum mencernakan amalan budaya dan seni sebagai warisan negara," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Krismas 2009 di sini hari ini.

Selain itu, beliau juga berkata kekukuhan hubungan antara pelbagai kaum di negeri ini juga menyumbang kepada sokongan dan kerjasama yang baik dan berkesan antara kerajaan negeri dan kementerian itu dalam menganjurkan pelbagai program kebudayaan.

Malah, beliau berkata Sabah dan Sarawak lebih memahami erti kehidupan dalam kepelbagaian dan beliau yakin dua negeri itu tidak akan putus memberi sokongan dalam penganjuran sesuatu perayaan pelbagai kaum dan agama bertaraf kebangsaan di negeri masing-masing.

Mengenai MRTM, Rais berkata penganjuran majlis seperti itu dapat menyatukan perasaan nasional dan kasih sayang antara rakyat berbilang kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.

"Majlis seperti inilah ramuan 1Malaysia yang dapat kita terjemahkan dan sekaligus memberi pengertian...kita perlu memastikan semangat 1Malaysia harus berada dalam genggaman perjuangan kita," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata setiap kali Sabah menjadi tuan rumah penganjuran majlis nasional, sambutan daripada rakyat sentiasa menggalakkan.

Menurutnya, kehadiran rakyat pelbagai kaum dan agama dalam majlis-majlis tersebut jelas menunjukkan perpaduan yang terjalin dan merupakan elemen penting dalam pembangunan ekonomi dan rakyat Sabah.

"Semangat 1Malaysia tidak melihat perbezaan antara kita. Ia juga bukan penghalang bagi rakyat berbilang kaum dan agama untuk bersatu padu dan saling bekerjasama," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan