PM: Rumah Terbuka Malaysia Pengiktirafan Luar Biasa Kepada Perayaan Keagamaan

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) oleh kerajaan pusat merupakan pengiktirafan luar biasa kepada pelbagai agama yang menjurus kepada mewujudkan keamanan dan perasaan muhibah di kalangan rakyat negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penganjuran majlis itu menunjukkan bahawa kerajaan sedia ada benar-benar mahu memupuk semangat saling hormat-menghormati anutan agama pelbagai kaum.

"Perayaan keagamaan seperti Krismas lazimnya disambut di merata tempat yang berkisar dalam satu keluarga. Tetapi Malaysia mencipta kelainan dan keunikan.

"Satu, sambutan berpaksikan kekeluargaan dinaikkan ke peringkat nasional yang dihadiri pembesar, satu pengiktirafan kepada pelbagai agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia.

"Kedua, amalan rumah terbuka yang kita adakan menjadi satu nilai budaya rakyat yang merentasi kaum dan agama, konsep yang kita bersedia untuk menerima rakan-rakan untuk kunjung-mengunjungi dan menyambut perayaan bersama," katanya semasa berucap pada MRTM Krismas di sini hari ini.

Najib berkata penganjuran Rumah Terbuka Malaysia juga menjurus kepada pembinaan negara melalui perkongsian nilai-nilai yang sama dalam setiap agama.

"Kita mengambil nilai-nilai yang baik satu-satu agama yang boleh kita kongsi dengan penganut agama lain.

"Semua perayaan seperti Krismas menekankan keamanan sejagat dan menyemai perasaan muhibah tanpa mengira kaum, budaya dan kepercayaan," katanya.

Beliau berkata sambutan sesuatu perayaan di negara ini tidak sepatutnya hanya terhad kepada persembahan hiburan tetapi yang lebih penting menghayati mesej keamanan dan muhibah antara rakyat yang diterapkan dalam penganjuran sambutan itu.

Mengenai pemilihan Sabah buat kali kedua sebagai tuan rumah MRTM Krismas 2009, Perdana Menteri berkata pemilihan tempat penganjuran majlis berkenaan iaitu di Padang Merdeka di sini memberi makna istimewa terutamanya kepada rakyat Sabah. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan