Perkhidmatan LRT, KL Monorail Dan Bas RapidKL Dilanjut Sempena Tahun Baru

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan tahun baru 2010 yang akan disambut pada Khamis malam, operasi dan perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT), KL Monorel serta bas RapidKL di beberapa stesen terpilih akan dilanjutkan antaranya sehingga 2 pagi hingga 3 pagi.

Menurut kenyataan Syarikat Prasarana Negara Bhd, laluan LRT Kelana Jaya bagi stesen Kelana Jaya, Bangsar, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kg Baru, KLCC dan Ampang Park akan dilanjut sehingga pukul 2 pagi manakala stesen-stesen lain akan tamat pada jam 12.45 tengah malam.

"Bagi LRT laluan Ampang stesen yang akan dibuka sehingga jam 2 pagi ialah Hang Tuah, Masjid Jamek dan Bandaraya manakala di stesen lain akan tamat pada 12.45 malam, manakala untuk perkhidmatan KL Monorel di semua stesen, perkhidmatan akan ditamatkan pada pukul 3 pagi," kata kenyataan itu.

Sementara itu, operasi perkhidmatan bas RapidKL pada malam tahun baru itu juga, operasi bas terakhir adalah sekitar jam 12 tengah malam, 12.45 tengah malam serta 2 pagi.

Bas terakhir yang akan tamat beroperasi pada pukul 2 pagi ialah di laluan LRT Kelana Jaya yang melibatkan stesen Kelana Jaya, Taman Bahagia, Asia Jaya, Universiti, Kerinchi dan Bangsar.

"Manakala bas RapidKL yang berakhir pada jam 12 tengah malam ialah di stesen Taman Paramount, Asia Jaya, dan Setiawangsa dan bagi stesen Wangsa Maju, Taman Melati dan Gombak akan tamat pada 12.45 tengah malam, " tambah kenyataan itu.

Seterusnya bagi bas RapidKL laluan LRT Ampang, perkhidmatan akan tamat sehingga jam 12.45 tengah malam di lima stesen iaitu Ampang, Cempaka, Pandan Jaya, Maluri dan Bandar Tasik Selatan.

Sementara laluan di stesen Ampang, Cempaka, Pandan Indah, Salak Selatan, Bandar Tasik Selatan dan Bukit Jalil akan tamat pada jam 12 tengah malam.

Bagi memudahkan perjalanan pengguna pada malam sambutan itu, kaunter khas menjual tiket disediakan di stesen-stesen LRT terpilih, stesen KL Sentral dan stesen Bukit Bintang KL Monorel.

"Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan Tiket Nilai Simpanan (Stored Value Ticket) bagi perkhidmatan LRT dan KL Monorel atau RapidPass bagi melancarkan perjalanan," kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi talian Helpline 03-78852585 yang beroperasi dari jam 7 pagi hingga 8.30 malam (Isnin-Jumaat) dan jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari Sabtu dan Ahad. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan