Panel LPKP Tentukan Nasib Sani Express 5 Januari

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankuasa siasatan tentang kemalangan maut yang ditubuhkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan bermesyuarat pada 5 Januari ini bagi menentukan tindakan terhadap Sani Express Sdn Bhd.

Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohd. Sadique berkata, semua jawatankuasa tersebut sedang menyiapkan laporan siasatan masing-masing.

Ahli-ahli berkenaan katanya, antara lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan.

"Antara topik yang akan dibincangkan ialah kemungkinan menghalang operasi bas ekspres selepas tengah malam.

"Kami akan menentukan tindakan ke atas syarikat bas itu dalam mesyuarat jawatankuasa itu," katanya di sini semalam.

Halimah memberitahu, sepasukan pegawai LPKP melawat ibu pejabat Sani Express Sdn Bhd semalam bagi mengaudit prosedur-prosedur operasinya.

Katanya, antara tindakan yang diambil ke atas pengusaha bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan maut adalah menggantung lesen syarikat selama sebulan atau lesen pemandu selama-lamanya.

Pada Sabtu lalu, bas dua tingkat terbabit yang sedang dalam perjalanan ke Kangar dari Klang, Selangor terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, seramai 10 penumpang maut dan dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas Se-Malaysia (PMBOA), Datuk Dr. Mohammad Ashfar Ali meminta orang ramai jangan hanya menuding jari dan mempersalahkan pihak tertentu apabila berlaku kemalangan.

Sebaliknya katanya, mereka perlu memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan penyiasatan mereka.

"Bagaimana dengan persekitaran kawasan kemalangan? Adakah kemalangan itu berpunca daripada rel atau titik hitam di kawasan itu?

"Adakah rel itu menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada bas tersebut? Saya harap pihak berkuasa akan melihat aspek-aspek ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan