Najib Seru Rakyat Jayakan 1Malaysia Dalam Semangat Dan Amalan

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menunggu-nunggu kemunculan Tahun Baru dan seterusnya menyeru rakyat agar menyertai beliau untuk menjadikan konsep 1Malaysia sebuah realiti.

"Tahun ini pasti telah membawa pelbagai ganjaran dan cabaran, tetapi saya menunggu-nunggu kedatangan 2010, agar kita dapat terus meneroka laluan kita bersama ke arah menjayakan konsep 1Malaysia dari segi semangat dan amalan.

"Saya harap anda terus menyertai saya dalam usaha ini!" kata Perdana Menteri ketika mengimbau tahun yang akan berlalu dalam blognya 1Malaysia ketika tinggal tiga hari saja lagi sebelum penutup 2009.

Najib, yang mengambil alih jawatan pada awal April, berkata daripada tugasnya yang membawa beliau ke serata bahagian negara, beliau telah menyaksikan banyak persitiwa yang membuktikan bahawa konsep 1Malaysia merupakan amalan yang telah berlaku lama di Sabah dan Sarawak.

"Saat-saat ini memberi saya keselesaan bahawa kita berada di laluan yang betul ke arah mencapai perpaduan dan kemakmuran," tulis beliau, dan menambah bahawa beliau mengambil perhatian nilai 1Malaysia diterima dengan baik.

Najib, pemimpin pertama Malaysia yang menggunakan ruang siber untuk menghubungi rakyat, berkata beliau juga menunggu-nunggu untuk bertemu dengan "rakan-akan internet saya dan peminat" dalam program yang dijadualkan tahun depan.

Selain blog, Perdana Menteri juga menggunakan tweeter dan Facebooknya. Najib berkata beliau menerima 400 komen dan e-mel bila beliau mempelawa orang ramai berkongsi idea untuk Bajet 2010nya yang pertama.

Beliau berkata kerajaan kini bergerak ke depan dengan program transformasinya selepas mereka tindakan komprehensif bagi enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), antara inisiatif baru untuk pentadbiran "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Beliau turut menonjolkan pakej rangsangan kedua kerajaan sebanyak RM60 bilion sebagai respon terhadap kemerosotan ekonomi global, dan meliberalisasi langkah untuk beranjak ke arah sebuah model ekonomi nasional yang lebih baik.

"Memandangkan matlamat kita untuk mengatasi kemerosotan ekonomi dan meneruskan trend menaik dalam pembangunan, saya meluangkan banyak masa menangani perhubungan diplomatik," kata beliau.

Najib juga mengimbau lawatannya ke China dalam menjejaki langkah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain, perdana menteri kedua negara yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Beijing. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan