Kanak-Kanak Dapat Taraf Warganegara

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Seorang budak lelaki berusia enam tahun Lim Sae Wang kini boleh membuat persiapan untuk memasuki kelas Rendah Satu yang bermula Isnin depan selepas berjaya mendapatkan kewarganegaraannya.

Setelah menunggu enam tahun, Sae Wang akhirnya menerima surat dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lepas yang meluluskan permohonan ibu bapanya untuk kewarganegaraannya setelah ia diklasifikasikan sebagai 'tidak bernegara' sebelum itu.

Ibu bapa Sae Wang berkahwin di Indonesia dan perkahwinan mereka tidak didaftarkan dengan Kedutaan Malaysia di sana, yang menyebabkan ia terpaksa menunggu enam tahun untuk mendapatkan taraf warganegara Malaysia.

Bapanya, seorang kolonel bersara Lim Tow Leang, amat berterima kasih kepada kementerian, Biro Pengaduan Awam Gerakan Negeri dan pemimpin-pemimpin parti yang berusaha keras membantu mendapatkan kewarganegaraan anaknya.

"Ini adalah hadiah terbaik Tahun Baru buat keluarga oleh kerana Sae Wang kini boleh bersekolah seperti mana-mana budak lain yang berusia enam tahun," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Gerakan di Macalister Road di sini hari ini.

Lim, 62, seorang juruterbang ujian Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mengahwini isterinya, I Siu Lin, 38, di Indonesia pada Oktober 2002.

Beliau diiringi oleh Sui Lin dan dua lagi anaknya Sae Hao, 4, dan Sae Jia, setahun. Kedua-dua anak itu telah mempunyai kewarganegaraan masing-masing.

Pengerusi Gerakan Negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan menasihatkan pasangan Malaysia yang berkahwin di luar negeri supaya mendaftar anak mereka di kedutaan atau konsul Malaysia bagi mengelakkan masalah.

"Mereka mesti mendaftarkan anak mereka di seberang laut dalam tempoh setahun bagi membolehkan anak mereka mendapat kewarganegaraan Malaysia," katanya.

Beliau berkata, parti itu akan membantu orang ramai di negeri ini yang berdepan dengan masalah permohonan kewarganegaraan, PR dan sijil beranak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan