Jawatankuasa Khas MCA Bersidang Selepas Cuti Tahun Baru

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan menetapkan tarikh bagi jawatankuasa khas parti itu mengadakan mesyuaratnya mengenai pemilihan baru selepas musim cuti ini.

"Untuk sementara ini, saya tidak akan memberi respon terhadap sebarang isu atau perkara berkaitan pemilihan baru, sehinggalah tarikh mesyuarat itu disahkan," katanya dalam kenyataan semalam.

Dr. Chua berkata, kebanyakan anggota jawatankuasa itu, termasuk dua menteri daripada MCA, kini berada di luar negara.

Mesyuarat itu mungkin membincangkan tindakan yang bakal diambil berhubung krisis yang melanda parti berkenaan sejak sekian lama.

Pada 15 Dis, Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan 12 yang lain mengemukakan surat peletakan jawatan tanpa tarikh sebagai anggota jawatankuasa pusat parti itu, dan setelah tarikh akhir 25 Disember untuk berbuat demikian berlalu, tiada pemimpin lain dipercayai berbuat demikian.

Dua pertiga daripada anggota CC perlu melepaskan jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan