BN Perlu Elak Berada Dalam Zon Terlalu Selesa - Najib

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) perlu mengelak daripada berada dalam zon terlalu selesa untuk memastikan anggotanya tidak hilang semangat berjuang ke arah mencapai kejayaan lebih besar lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kejayaan demi kejayaan yang dicatat mungkin menyebabkan timbul anggapan sudah berada pada satu tahap yang baik sekarang sehingga menjadikan BN terlalu selasa dan hilang semangat untuk berjuang lebih gigih lagi.

"(Kita kena) ubah perasaan (berada) dalam zon terlalu selesa, (jangan lupa) misi dalam perjuangan kita (ialah) untuk bawa parti dan negara kita ke arah kejayaan yang lebih besar pada hari muka nanti," katanya semasa merasmikan Kongres Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di sini, hari ini.

Katanya, parti-parti politik seperti BN yang telah lama wujud dan menjadi tunggak kepada satu negara ataupun berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan negara tersebut, boleh hilang kuasa jikalau parti itu tidak melakukan perubahan.

"Apatah lagi kalau parti itu sudah tidak relevan lagi, dilihat jasanya hanya dalam lipatan buku sejarah, tapi tidak mampu tangani tuntutan perubahan yang diingini rakyat terutamanya generasi muda," tegas beliau.

Najib berkata, perjuangan BN dalam mengurus tadbir negara dan juga daripada segi pengurusan politik bukannya mudah ekoran keunikan Malaysia iaitu kepelbagaiannya yang merentasi segala dimensi kehidupan rakyat.

Namun, Perdana Menteri berkata, dalam cabaran mentadbir 13 buah negeri dengan pembahagian kumpulan etnik yang begitu banyak serta mentadbir 13 buah parti komponen BN, perjuangan BN boleh dikatakan berjaya berlandaskan ukuran yang Malaysia dianggap sebuah negara cemerlang selama ini.

Beliau berkata, BN akan dijadikan sebagai parti yang lebih menarik, lebih 'umph' dan yang mampu melakukan perubahan dan menurutnya sebagai parti yang berkuasa hari ini, BN mampu lakukan semua itu.

"Yang kita hendak ialah BN dilihat sebagai parti yang menjadi juara rakyat, parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat kerana pembangkang hanya ada satu objektif sahaja dan tiada satu ideologi, di mana objektif tunggal itu jatuhkan BN.

"Apakah parti yang hanya berdiri (berpegang) pada satu tujuan boleh pimpin negara ini? Oleh itu, yakinlah BN "is still the party" dengan syarat kita sentiasa menyegarkan imej BN dan sentiasa dilihat sebagai parti progresif dan dinamik, jangan berbalah antara kita," katanya.

Mengenai PBRS, Najib berkata walaupun PBRS dianggap sebagai parti yang kecil secara relatifnya tetapi parti itu tetap berada di hati sanubari pemimpin-pemimpin BN kerana kesetiaan, komitmen dan kepercayaannya terhadap perjuangan BN tidak pernah luntur selama ini. "Saya gembira melihat obor perjuangan BN masih marak membakar di hatituan-tuan dan puan-puan.

"Saya percaya PBRS akan terus menjadi rakan setia BN kerana saya dapat lihat semangat kuat, dalam kongres ini pun nampak sekali," katanya kepada perwakilan yang hadir, sambil mengucapkan tahniah kepada Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup bagi kepimpinannya.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Najib berkata, setiap parti komponen BN tanpa mengira saiz, sama ada besar atau kecil mempunyai peranan dan sumbangan yang boleh dilakukan oleh mereka.

"Ini disebabkan kalau kita cantumkan sokongan yang boleh disumbangkan melalui setiap parti komponen dalam satu-satu kawasan pilihan raya, bererti akan tambah kekuatan kita (BN).

"Ada sesetengah tempat, parti komponen tertentu lebih kuat daripada parti lain tapi bagi kawasan lain pula, parti lain lebih kuat daripada parti tadi.

"Jadi kalau kita pegang kepada prinsip BN yakni kita sokong sesiapa saja yang dipilih mewakili sebagai calon BN, kita akan dapat sokongan sangat padu," katanya menjawab soalan sama ada saiz sebuah parti itu relevan dalam menyumbang kepada BN.

Kurup dalam ucapannya pula berkata, dalam usaha melakukan perubahan terhadap PBRS, parti itu sudah sedia untuk meminda perlembagaannya bagi memperkasakan lagi parti supaya dapat memberi kekuatan tambahan kepada BN.

"Ada orang menyelar parti kita sebagai parti luar bandar... parti kita kecil. Sebenarnya saya gembira kerana mempunyai talian rapat dengan rakyat luar bandar dan merekalah sebenarnya intisari perjuangan PBRS dari mulanya.

"Malah parti kita merupakan salah satu parti pertama bersama dengan BN yang turut sama membina asas perjuangan BN di Sabah sejak tahun 1994, kita telah membuktikan banyak pengorbanan," katanya dan menurutnya PBRS kini mempunyai 79,521 ahli berbanding 75,579 ahli pada April tahun lalu.

Dalam usaha membasmi kemiskinan, Kurup berkata PBRS mencadangkan peruntukan khas dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan penubuhan pasukan khas untuk mengambil tindakan konkrit dan lebih menyeluruh.

Parti itu turut menggesa satu jawatankuasa khas dibentuk untuk mengkaji pemberian biasiswa kerajaan dan pengambilan pekerja dalam perkhidmatan awam yang lebih adil bagi membolehkan lebih banyak anak Sabah mendapat peluang itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan