Operasi Cegah Rokok Seludup Diperhebat

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KELANA JAYA: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan meningkatkatkan pengawalan di semua pintu masuk negara bag mencegah kegiatan penyeludupan rokok selepas kerajaan menetapkan harga minimum bahan tersbut Jumaat ini.

Ketua Pengarah KDRM, Datuk Ibrahim Jaapar berkata, pihaknya percaya rokok-rokok mungkin diseludup lebih banyak ke negara ini berikutan penguatkuasaan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang diwartakan.

"Hari ini, semua ketua kastam duduk untuk sediakan pelan tindakan dan salah satu fokus kita adalah untuk mengambil langkah-langkah strategik untuk menangani isu penyeludupan rokok.

"Harga rokok ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Kami di kastam akan menjalankan pemantauan dari segi kemasukan barang-barang berkenaan.

"Sama ada harga rokok itu diikuti adalah terletak di bawah bidang kementerian lain.

"Tapi kita nak tentukan rokok-rokok yang dijual itu adalah yang telah dibayar cukai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Penguatkuasaan Kastam dan pelancaran buku "Compendium of Customs Legislations and Cases (1932-2009)" di sini hari ini.

Mulai Jumaat ini, harga minimum bagi paket yang mengandungi 20 batang rokok ialah RM6.40, 21 batang rokok (RM6.70), 22 batang rokok (RM7.05), 23 batang rokok (RM7.35), 24 batang rokok (RM7.70) dan RM8 bagi paket yang mengandungi 25 batang rokok, menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan semalam.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pihaknya akan melancarkan operasi ke atas setiap kedai runcit di seluruh negara.

"Kita akan menjalankan operasi ke atas retail outlet (kedai runcit) tidak kira betapa kecil sekali pun, Kita akan pergi. Walau dia jual 60-70 kotak ke, kalau dia tak bayar cukai, kami akan ambil tindakan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan