Jawatankuasa Khas MCA Bersidang Selepas Cuti Tahun Baru

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan menetapkan tarikh bagi jawatankuasa khas parti itu mengadakan mesyuaratnya mengenai pemilihan baru selepas musim cuti ini.

"Untuk sementara ini, saya tidak akan memberi respon terhadap sebarang isu atau perkara berkaitan pemilihan baru, sehinggalah tarikh mesyuarat itu disahkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Chua berkata, kebanyakan anggota jawatankuasa itu, termasuk dua menteri daripada MCA, kini berada di luar negara.

Mesyuarat itu mungkin membincangkan tindakan yang bakal diambil berhubung krisis yang melanda parti berkenaan sejak sekian lama.

Pada 15 Dis, Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan 12 yang lain mengemukakan surat peletakan jawatan tanpa tarikh sebagai anggota jawatankuasa pusat parti itu, dan setelah tarikh akhir 25 Disember untuk berbuat demikian berlalu, tiada pemimpin lain dipercayai berbuat demikian.

Dua pertiga daripada anggota CC perlu melepaskan jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan