Tiga Beranak Rentung Dalam Kemalangan Empat Kenderaan

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANGKAK: Empat beranak terbunuh dengan tiga daripada mereka rentung manakala dua lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbakar dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di KM6.4, Jalan Parit Bunga-Tangkak, di sini, malam tadi.

Ketiga-tiga mereka rentung selepas terperangkap dalam van Nissan Vanette yang terbalik dan terbakar selepas bertembung dengan sebuah Toyota Innova dan kemudiannya berlanggar dengan dua lagi kenderaan, kata Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Ledang Insp Sayuti Mohamad.

Katanya mangsa yang rentung adalah Ong Buu Siong, 46, dan dua anak lelakinya, Zhen Hui, 7, dan Zhen Zhee manakala seorang lagi anaknya, Zhen Jie meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar.

Isteri Ong, Tan Yee Kiang, 32, dan anak bongsu mereka, Ong Zhen Ki yang berumur satu setengah tahun berjaya diselamatkan oleh orang ramai dan kini dirawat di hospital yang sama dan keadaan mereka dilaporkan stabil, katanya kepada pemberita di sini.

Katanya sembilan penumpang dalam tiga buah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan kira-kira 10.30 malam itu hanya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar.

Sayuti berkata kemalangan tersebut berlaku ketika mangsa sekeluarga yang berasal dari Jalan Kim Kee, Muar dalam perjalanan ke Tangkak.

"Setiba di tempat kejadian, van mangsa bertembung dengan kenderaan Toyota Innova yang datang dari arah Tangkak. Van tersebut kemudian terbalik dan terbakar selepas berlanggar dengan dua lagi kenderaan lain, Toyota Wish dan Toyota Vios," katanya.

Katanya ketiga-tiga mayat yang rentung dibawa ke Hospital Daerah Ledang di sini untuk bedah siasat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan