Noor Jismi, Mangsa Kemalangan Bas Djadualkan Bertunang Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Noor Jismi Noordin, 25, salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam kemalangan bas ekspress di Ipoh awal hari ini dijadualkan bertunang dengan pilihan hatinya di sini hari ini.

Bagaimanapun kepulangannya untuk bertemu bakal tunangnya, Rosma Abdullah, 23, yang akan disarung cincinnya hari ini tidak kesampaian apabila kemalangan itu meragut nyawanya dalam kejadian pukul 1 pagi semalam.

Bapa mangsa, Noordin Osman, 54, ketika ditemui berkata persiapan pertunanga itu telah dilakukan namun beliau tetap menerima takdir yang menjadi sejarah sedih dalam hidupnya.

"Saya sedih kerana dia bersungguh-sungguh untuk menyunting Rosma. Dia sendiri yang beli cincin pertunangan," kata Noordin yang juga seorang guru dan salah seorang jurulatih ragbi di Perlis.

Jenazah Noor Jismi yang merupakan kakitangan percetakan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd itu tiba di kediamannya di Kampung Belanga Pudak pukul 12.45 tengah hari dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Jarak pukul 2 petang.

Turut menunggu kepulangan jenazah Noor Jismi yang juga anak kedua daripada empat adik beradik itu ialah Rosma namun bakal tunang allahyarham enggan ditemubual kerana terlalu sedih.

Noordin berkata allahyarham menetap bersama abangnya, Jasni, 28, di Shah Alam dan kepulangannya ke Perlis malam semalam semata-mata untuk majlis pertunangannya.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan