Kawal Pengeluaran Permit Bas Dua Tingkat

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) disaran agar mewujudkan mekanisme kawalan dalam pengeluaran permit bas dua tingkat kepada syarikat pengangkutan awam.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata selain faktor kesesuaian muka bumi, pengeluaran permit itu juga sewajarnya mengambil kira kemampuan pemandu sesuatu syarikat untuk mengendalikan bas dua tingkat.

"Kalau boleh kita adakan kawalan supaya pemilihan untuk bas dua tingkat bukan sahaja untuk memberikan pulangan dari segi lebih banyak tempat duduk, tetapi ia dikuti dengan tanggung jawab supaya pemandu yang memandunya diberi latihan yang mencukupi.

"Lokasi yang lebih sesuai untuk penggunaan bas dua tingkat juga perlu dikenal pasti supaya lokasi-lokasi yang memberi risiko yang lebih tinggi terhadap penggunaan bas dua tingkat ini boleh kita kawal dengan baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan raya (JKJR) Datuk Suret Singh dan Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) Malaysia, Salim Parlan.

Ahmad Farhan berkata walaupun bas dua tingkat secara umumnya mempunyai kestabilan yang baik jika dikendalikan dalam keadaan biasa namun ia memerlukan pemandu yang lebih berkebolehan untuk mengendalikan bas sedemikian.

"Kita tahu bahawa untuk mengendalikan bas dua tingkat memerlukan pemandu yang lebih berkebolehan. Kelajuan, dia punya pergerakan pusingan adalah berbeza berbanding bas biasa," katanya yang mengakui bas dua tingkat lebih sesuai untuk kegunaan dalam bandar berbanding untuk perjalanan jarak jauh.

Sementara itu Ahmad Farhan berkata Miros tidak bersetuju terhadap cadangan untuk melaksanakan larangan perjalanan bas ekspres pada waktu malam atau selepas tengah malam seperti yang diutarakan sesetengah pihak.

Beliau berkata kajian yang telah dijalankan oleh Miros mendapati bahawa separuh daripada pengguna perkhidmatan bas ekspres ketika ini akan terjejas jika larangan itu dikuatkuasakan.

Katanya pengguna berkenaan sama ada akan menggunakan perkhidmatan bas ekspres pada waktu yang dibenarkan ataupun akan menggunakan pengangkutan lain untuk ke destinasi masing-masing.

"Bila gunakan kenderaan lain kita khuatir mereka akan menggunakan motosikal Itu adalah salah satu dapatan yang kita dapati dan kita tidak mahu ambil risiko itu. Kita mahu orang menggunakan pengangkutan awam yang jauh lebih selamat berbanding motosikal," katanya. Ahmad Farhan, Suret dan Salim turut memeriksa bas dua tingkat Sani Express yang terbabit dalam kemalangan di KM272.8 Projek Lebuh raya Utara Selatan (Plus) yang mengorbankan 10 nyawa awal pagi semalam yang kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan