Bas Dipandu 91km/j Sebelum Tragedi

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bas dua tingkat milik Sani Express Sdn. Bhd. (Sani Express) yang terlibat dengan kemalangan maut awal pagi tadi bergerak pada kelajuan 91 kilometer sejam (km/j) sejurus sebelum tragedi itu berlaku.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sani Express, Mejar (B) Abu Bakar Mohamad, kelajuan itu dikesan melalui sistem penentu kedudukan global (GPS) yang dipasang pada tersebut.

"Selain itu bas itu sudah dikunci had kelajuannya pada 97 km/j.

"Oleh itu, pemandu tidak boleh memandu melebihi had laju yang ditetapkan oleh pengehad kelajuan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, Abu Bakar memberitahu, syarikat bas itu akan memberikan sumbangan khas kepada setiap keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut awal pagi tadi.

Katanya, syarikat itu akan menghubungi keluarga mangsa dalam masa terdekat.

“Kami mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Pihak kami akan memberikan peruntukan khas bagi setiap keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Ia bertujuan untuk meringkan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Abu Bakar berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis bagi melicinkan siasatan berhubung kejadian itu.

“Pihak kami juga masih menunggu hasil siasatan polis dan akan bertindak berdasarkan laporan tersebut.

“Kami juga akan meneruskan siasatan dalaman berhubung punca sebenar kejadian tersebut,” katanya.

Berdasarkan rekod syarikat berkenaan, bas tersebut telah memulakan perjalanan dari Klang menuju ke Kuala Perlis pada pukul 9 malam kelmarin.

Difahamkan bas tersebut baru tiga bulan digunakan dan membawa 48 penumpang.

Dalam kejadian awal pagi tadi, bas dua tingkat syarikat itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan hingga menyebabkan sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah.

Kemalangan maut itu, berlaku di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan