PPP Anggap Murugiah 'Timbalan Menteri Haram'

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T.Murugiah sebagai 'timbalan menteri haram' kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas.

Presiden PPP Datuk M.Kayveas berkata, beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukan Murugiah yang enggan melepaskan jawatannya sungguhpun pelantikannya dulu dibuat atas kuota PPP.

"Sekarang ini Murugiah adalah seorang timbalan Menteri yang haram. Dia bukan lagi ahli PPP dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadapnya," kata Kayveas kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Krismas anjuran PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Kayveas berkata, sebelum ini PPP telah memberi peluang kepada Murugiah untuk mewakili parti dalam kerajaan tetapi beliau telah menggunakan jawatannya dalam kerajaan bagi mencapai cita-cita peribadinya.

Turut menghadiri rumah terbuka itu ialah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan